Saturday 5 May 2012

hye and assalammualaikum :) akuu nak korang HAYATI cerita kt bawah nieyh . Selamat Membaca Sambil Menghayati :DD

        "Aku membencinya , itulah yang selalu akuu bisikkan di dalam hatiku sepanjang aku bersama dengannya . Meskipun aku berkahwin dengannya , aku tak pernah benar-benar menyerahkan hatiku kepadanya . Kami berkawin atas paksaan orang tua , itu yang menyebabkan akuu amat membenci isteriku ."
        Itu adalah luahan hati seorang kawan yang aku jumpa tempoh hari . Aku terkejut meliht keadaanya yang tidak terurus sedangkan dia dulu adalah jejaka yang Happy Go Lucky . Katanya sekarang kehidupanya hanya untuk anak kembarnya dan kerana Allah .
       Namun si  isteri tetap dengan tugasnya sebagai seorang isteri . Bangun pagi sahaja sudah siap air panas untuk aku mandi , baju dah tersangkut rapi untuk aku . Di meja , sudah siap sarapan sebelom aku memulakn pekerjaanku . Namun semua itu aku pandang acuh tak acuh sahaja . Aku tak pernah menjamah sarapannya . Kadang-kadang aku langsung tak pandang tapi si isteri tak pernah nak merungut .
       Aku sengaja pulang lewat sebab aku tak mahu menatap mata dengannya tapi dia dia tetap jalankan tugasnya sebagai sebagai isteri . Pulang dari kerja dah terhidang makan malam sedangkn aku sudahpun makan di luar . Makanan itu sememangnya ke TONG SAMPAHlahh jawabnya .
        Aku dah cakap dengan dia supaya mengambil ubat perancang keluarga tapi katanya lupa pada malam tuu , sampai aku dan dia dapat anak kembar . Masa tu aku herdik dia , aku sebenarnya suruh dia gugurkan kandungan . Ada dia sahaja buat akuu rimas ! , inikan pula ada anak dengan dia . Masa tu aku memang mengamuk marahkan dia . Itu adalah kemarahan aku yang paling besar sehingga aku suruh dia ikat peranakkannya . Dia patuh pada kehendak aku kerana aku ugut akan tinggalkan dia . 
       Dalam tak diam , anak aku dah berumur tujuh tahun . Seperti biasa pagi-pagi lagi isteri aku bangun untuk sediakan sarapan  , pakaian untuk aku dan anak . Pagi itu dia cakap nak hantar anak lebih awal , dia suruh anak-anak salam aku . Kemudian dia datang pada aku , dia hulurkan tangan pada aku untuk bersalam . Pagi itu dia lama dari biasa mencium tangan aku dan dia cuba nak peluk aku tapi aku tolak , aku kata "tu anak-anak  . Dia seperti biasa , tidak berkecil hati pon pada aku .
       Pagi itu , aku tergesa-gesa pergi ke pejabat , sampai kat pejabat baru aku perasan dokumen penting aku tertinggal . Aku telefon isteri , aku marah-marah dia sebab alihkan dokumen tu sampai aku lupa nak amik . Aku terus letak telefon tapi dia telefon aku semula dengan nada yang lembut , katanya dia akan hantar dokumen tu ke pejabat dengan segera . Dia tak sempat cakap apa lagi , aku dah letak telefon 
      Dua puluh minit kemudian , telefon aku bunyi lagi , isteri aku yang telefon , sebaik je aku angkat , aku terus tengking dia , "Hah! , apa lagi ? naiklah office bagi kat receptionist !" . Tapi apa yang akuu dengar ialah suara seorang lelaki mengatakan isteri aku kemalangan lalu aku meletakkan telefon . "hisyhh , apake BODOH perumpuan nieyh ? tak reti bawak kereta ke ? macam mane lahh boleh accident pulak ! " marah aku sendirian . 
       Sampai kat tempat kejadian aku terdiam ! , aku terkejut melihat sekujur tubuh yang terbaring , tak sangka akuu yang isteri aku telah pon meninggalkan aku dan anak kembar kami . Aku tak nangis  , aku cuma menenangkan anak aku . Ketika jenazah dibawa ke rumah , aku duduk di hadapannya , Aku menatap wajahnya yang pucat . Baru aku sedar ini adalah kali pertama aku menatap wajahnya dengan hati , aku sentuh wajahnya dan ini juga adalah kali pertama aku menyentuh wajahnya yang selalu memberi aku senyuman , ketika itulah air mata aku gugur . Selepas ini aku tak dapat menatap wajahnya lagi . Aku terkenang betapa aku tidak mempedulikan tentang kesihatan dan perasaannya . Ya Allah ! , ketika itu air mata aku berjurai jurai jatuh . Aku baru sedar selama ini aku mempunyai seorang isteri , aku mempunyai dia yang mengatur hidup aku , yang besabar dengan kerenah aku , bersama dengan aku di saat suka dan duka DAN dia juga telah tergadai nyawa UNTUK AKUU ! 
kini setelah kehilangannya , baru aku sedar , aku sangat mencintainya .
        Baru aku tahu aku tak pernah menghargainya . Aku rindu padanya , lebih-lebih lagi bila menatap wajah anak-anak yang seiras dengannya.
       Kawan aku menagis teresak-esak mengenang arwah isterinya . Sebelum dia beredar , dia sempat berpesan kepadaku , Cintailah Isteri Atau Suami Ketika Dia Masih Bersama Kita . Sesal Dan Kesal Kemudian Hari Sudah Tiada Gunanya :)

okay , macam mane cerit kat atas tuu ? BEST TAK ? okay , akuu just salin cerita nieyh dari majalah ujang jeee , kalau tak best or kurang paham , takpelahh . Tapi kalau paham , BAGOS-3 . hehe , okay lahh , Byeee :D

No comments:

Post a Comment